omet Tb | satu permintaan khas daripada pihak perempuan secara sindiran. | Tomuk tidak terus bersuara. Dia menjeling Toksin yang masih menunduk itu. "Ini omet aku," katanya sambil melurut rambutnya yang separuh kusut itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menokondiu Kd Lt | tarian dalam upacara menurun. | Dengan iringan muzik tersebut yang temponya dari jenis "Ginandang Mengigol" akan mengiringi tentagas-tentagas yang hadir di situ mengigol atau mengain, kemudian "menokondiu" pula, sebagai usaha mereka untuk menurun yang kemudian akan bercakap-cakap dengan "Kinoringan" bagi menyampaikan permintaan dan hasrat mereka. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |