apar Sk, Bd | sejenis dulang yang berkaki dan bercorak, dibuat daripada loyang atau tembaga. | Di dalam sebuah apar diletakkan seekor ayam jantan yang sudah dibelah perutnya, diletakkan pula tepak sirih loyang. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bobogon Kd | sejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat. | Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |