kain kebat Ib | sejenis kain yang dihasilkan melalui teknik ikat. | “Apa yang kauberi saya terima sajalah, kerana kami ini dalam keadaan yang sangat susah.” Indai Jebua lalu memberinya kain kebat iaitu kain tenun yang baik, diberinya juga baju yang cantik dan barang lain yang cantik-cantik. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beru Ib | perangai atau tingkah laku yang sangat tidak senonoh; buruk perangai. | Dalam hal itu memang bini Seman satu sen pun tidak guna, tetapi Pak Dollah tidak dapat mengatakan apa-apa. Bini Seman orang kesayangan Peot sendiri. Peot adalah bininya. Dalam banyak keadaan salah atau macam beru pun bini Seman, baik juga kata Peot. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |