tuhau Tb | sejenis tumbuhan (Zingiber spp.) yg umbutnya dibuat ulam, sayur. | “Tuhau...! Bukankah tuhau tu buang angin. Ini mesti badan kau banyak angin.” Ah Meng mencelah dalam keriuhan rakan-rakan lain yang masih menahan perut dengan telatah Julius. | Kuasa politik | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
terugku LB | burung bubut; Centropus spp. | Dayang Lebulan lalu pergi dan menangkap seekor terugku. Dia mengikatnya lalu memberikan pada Tuked Remini. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empetir Ib | sejenis pokok; Sindora spp. | Tupai pun menghilang di dalam rimbunan daun hijau pokok empetir. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumpis Bj, Kd | sejenis ikan seluang; Rasbora spp. | Amir mana tahu di mana ada ikan di laut ini. Kalau mencari ikan puyu, ikan haruan dan ikan lumpis, dialah raja, perli Lina sambil senyum. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lajung Ib, MSr | sejenis ikan air tawar seperti ikan patin; Pangasious spp. | Pak Ngah tersenyum sendirian. Dalam fikirannya terbayang ikan tapah, kalui, lajung atau miawan yang akan merempuh selambonya. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |