monggok, *munggu* Ib | kawasan yang sedikit tinggi di tanah rata. | Tercatuk di atas monggok tanah paya bakau, Anjang Husin mengesat-ngesat peluh yang mercik di dahinya. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kakaung Mr Tl | sejenis alat tradisi kaum Murut berbentuk tangguk yang digunakan untuk menangkap ikan, udang dsb di sungai kecil, kolam dll. | Ia pun membawa kakaung dan bakulnya lalu jalan sehingga tanah rata itu di mana ia cuba dan cuba menangkap udang tetapi tidak ada udang yang diperolehinya. | Sabah Folk Tales 1-7. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
biring Ib | ayam jantan berbulu merah kekuningan. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rikut-rikut Ib | bunyi suara ibu ayam yang sedang mengeram. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sempidan Ib | sejenis ayam liar yang dipercayai membawa alamat buruk, contohnya, sekiranya ia memasuki rumah, rumah itu dipercayai akan terbakar dan orang Iban digalakkan meninggalkan rumah panjang tersebut bagi mengelakkan mala pataka. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tangga tukur, *tangga tukun* Ib | sejenis tangga. | Setelah itu dia lalu turun melalui tangga tukur dengan berpegang pada susur tangga yang panjang. Dia menjejaki tanah yang rata seperti besi ditempa sehingga sampai pada tanah yang berbonggol seperti tudung terendak buluh. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |