Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.miang] | تمياڠ

Definisi : 1. sj buluh kecil yg tipis (biasanya dibuat sumpitan), buluh aur gading, buluh minyak, buluh sumpitan, Bambusa wrayi; 2. sumpitan; berebut ~ hanyut, tangan luka, ~ tak dapat = merebut ~ belah prb perihal dua orang yg berkelahi (sampai luka-luka) mere­but­kan sesuatu tetapi barangnya tidak dapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.miang] | تمياڠ

Definisi : akar ~ sj tumbuhan (herba), akar tapak rusa, lana bulu, ular bukit, Lettsomia peguensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.miang] | تمياڠ

Definisi : nama sj buluh yg tipis (biasa­nya dibuat sumpitan); buluh sumpitan, Bambusa wrayi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata temiang


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pengaruh Ibazimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam.Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kendawang Ibsejenis ular yang berbisa. Kepala dan ekornya berwarna merah, manakala badannya berbintik-bintik kekuningan.Enteran Temiang memanjat ke atas lagi dan sampai pada pelepah yang kedua seekor ular kendawang keluar dari belitannya dan mematuk Enteran Temiang. Nasib baik patukan ular tidak mengenainya. Dia memotong leher ular kendawang dengan pedangnya. Kepala ular pun jatuh ke bawah.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sumbiling Kd, Mrbuluh temiang; Schizostachyum lima.Alat muzik ini diperbuat daripada bambu jenis lampaki (Schizostachyum pilosum) atau sumbiling (Schizostachyum lima). Biasanya ia direka kira­kira empat puluh sentimeter dan mempunyai empat lubang tonik.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas