babawang Kd | sejenis rumput seperti bawang. | Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magansip Mr | kepit, sejenis bentuk tarian orang Murut. | Dia terbayang bagaimana suaminya yang menjadi salah seorang pemain alat-alat muzik tradisional, memalu gong dan kadang-kadang menari magansip berpasangan dengan penari wanita yang jelita. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
solinatad Kd | sejenis rumput yg umbinya digunakan sebagai pemecah kahak (ekspektoran). | Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gendang balai MSb | beduk, tabuh. | Sesungguhnya, bukan Zul tidak sedar. Setiap kiraan nombor itu jelas terbayang di ruang matanya. Bunyi kiraan itu seperti rentak paluan gendang balai yang dibunyikan ketika jenazah dimandikan. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lajung Ib, MSr | sejenis ikan air tawar seperti ikan patin; Pangasious spp. | Pak Ngah tersenyum sendirian. Dalam fikirannya terbayang ikan tapah, kalui, lajung atau miawan yang akan merempuh selambonya. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kikiri Kd | gelenggang (gelénggang) sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat kurap, kayap dll), daun kurap; Cassia alata. | Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |