Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ge.sa.ge.sa] | تر ݢسا -  ݢسا

Definisi : bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ge.sa.ge.sa] | تر ݢسا -  ݢسا

Definisi : dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergesa-gesa

Peribahasa

Makan bubur panas-panas.

Bermaksud :

Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
begaut, *ngarak begaut* Bd, Ib, MSrtergesa-gesa, hendak cepat, bergegas.Tidaklah aku naik, terima kasihlah. Aku begaut hendak pulang kerana mungkin malam ini aku hendak terus berbincang dengan kaum penghuni rumah panjang kami tentang perkara pindah ini.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumbolang Tbtempat membawa air yang diperbuat daripada bambu.Bagaikan tergesa-gesa dia tiba di halaman rumahnya. Sirah, adiknya baru sahaja muncul dari pangkalan. Dia membawa sebatang tumbolang yang berisi air. Anak gadis itu kelihatan basah kuyup.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
serakai Tbkain yang dililit di kepala.Awak nak ke mana? Lumbai tergesa-gesa mencapai serakai yang tersangkut di bendul rumahnya.Bagai Camar Di LautanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas