Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.li.hat] | ترليهت

Definisi : 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
karangan Ibhamparan batu kerikil di tebing atau di tengah hulu sungai.Apabila Kumang dan Lulong tiba di sebuah karangan mereka terlihat banyak ikan sedang berkumpul untuk menetaskan telur.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pau Ibsejenis pokok memanjat. Kulit buahnya boleh dibuat syampu setelah dikeringkan atau dijemur.Mereka terperanjat melihat segala alat mandi telah tersedia. Mentemu, batu penggosok, pau, batu penumbuk pau dan bunga-bunga kering semuanya sudah ada. Selepas mandi, mereka terlihat kesan orang mandi yang masih baru. Permandian di situ masih basah. “Siapakah yang telah mandi di situ tadi?” Mereka tertanya-tanya.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas