pasir | sand | Zarah utama tanah yang bersaiz dari 0.05 mm hingga 2.0 mm. Pasir merupakan contoh silika, dan banyak digunakan dalam pembuatan konkrit dan kaca. | Menengah Rendah |
kaki | feet | 1. Ukuran panjang yang panjangnya dua belas inci. 2. Panjang satu kaki. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pH | pH | Ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
keluli | steel | Bahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin. | Menengah Rendah |
hidrogen peroksida | hydrogen peroxide | Cecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur. | Menengah Rendah |
fluks magnet | magnetic flux | 1. Garis medan magnet. 2. Kekuatan medan magnet pada keluasan tertentu. Fluks magnet diukur dalam unit weber (Wb). Lihat Rajah | Menengah Atas |
pH | pH | Nilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kutub | pole | 1. Bahagian pada hujung paksi bumi di sebelah utara atau di sebelah selatan. 2. Bahagian hujung magnet yang paling kuat daya tarikannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
molar | molar | Kepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling. | Menengah Atas |