kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan antara atmosfera, daratan dan lautan. Penyejatan air dari permukaan bumi membentuk wap air, yang akan terkondensasi membentuk awan dan kembali ke permukaan bumi dalam bentuk hujan atau salji. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
air lembut | soft water | Air yang mengandungi garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum pada kepekatan yang rendah. Air ini mudah berbuih dengan sabun. Contohnya, air paip. | Menengah Rendah |
kitar air | water cycle | Pergerakan air yang berterusan daripada permukaan bumi ke udara dan balik semula ke permukaan bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tenaga geoterma | geothermal energy | Tenaga yang terhasil akibat haba yang diperoleh dari dalam bumi. Contohnya, tenaga daripada air panas yang keluar ke permukaan bumi. | Menengah Rendah |
air lembut | soft water | Air yang mengandungi kepekatan rendah garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum. Air ini mudah berbuih dengan sabun. | Menengah Atas |
udara | air | Atmosfera bumi yang terdiri daripada campuran berbagai-bagai jenis gas, tidak mempunyai warna atau bau dan mempunyai jisim serta berat. Udara mewujudkan tekanan atmosfera. | Menengah Rendah |
hidrosfera | hydrosphere | Bahagian bumi yang diliputi air. | Menengah Atas |
sumber semula jadi | natural resources | Sumber yang dibekalkan oleh bumi termasuk udara, air, tanah, semua organisma hidup, nutrien, batu dan galian. | Menengah Rendah |
hakisan tanah | soil erosion | Proses pemecahan ketulan-ketulan tanah pada permukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |