air liat | hard water | Air yang mengandungi garam kalsium, magnesium atau ferum pada kepekatan yang tinggi. Air ini tidak mudah membentuk buih apabila ditindakkan dengan sabun. Contohnya, air sungai. | Menengah Rendah |
pencemaran air | water pollution | Pencemaran tempat takungan air semula jadi seperti sungai, kolam atau lautan oleh najis atau bahan buangan. | Sekolah Rendah |
bioefluen | bioeffluent | Sisa buangan berbentuk cecair yang terhasil daripada sistem kumbahan atau proses industri, terutamanya sisa yang masuk ke sistem laluan air atau sungai. | Menengah Atas |
tanah paya | wetland | Tanah rendah yang biasanya dilitupi oleh air dari tasik, sungai atau laut yang berhampiran dengannya. | Menengah Atas |
bakau | mangrove | Pokok yang tumbuh dalam air masin berlumpur di muara sungai. Ia mempunyai akar udara atau pneumatofor untuk pertukaran gas. | Menengah Atas |