jisim molekul relatif | relative molecular mass | Jisim purata satu molekul sesuatu bahan berbanding dengan 1⁄12 jisim satu atom karbon-12. | Menengah Atas |
jisim atom relatif | relative atomic mass | Jisim purata satu atom sesuatu unsur berbanding dengan jisim satu atom karbon-12. | Menengah Atas |
cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |
logam alkali bumi | alkaline earth metal | Logam yang tergolong dalam kumpulan 2 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada kalsium, barium, strontium, dan radium. Logam ini berwarna putih, kurang reaktif berbanding dengan logam alkali. | Menengah Atas |
penyesaran logam | metal displacement | Penggantian logam kurang elektropositif dalam satu sebatian larutan garam dengan logam yang lebih elektropositif dalam siri elektrokimia. Contohnya, zink yang lebih elektropositif berbanding kuprum akan menyesarkan kuprum dari larutan kuprum(II) sulfat. | Menengah Atas |
fasa luteum | luteal phase | Fasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain. | Menengah Atas |