Glosari Sains Untuk Sekolah
kaca fotokromik | photochromic glass | Kaca yang berubah warna apabila mengalami perubahan jumlah cahaya yang melaluinya. | Menengah Atas |
kerosakan makanan | food spoilage | Proses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat. | Menengah Rendah |
kertas kobalt klorida | cobalt chloride paper | Kertas turas yang direndam di dalam larutan kobalt klorida. Kertas ini digunakan untuk mengesan kehadiran air. Warna kertas ini akan berubah daripada biru kepada merah jambu dengan kehadiran air. | Menengah Rendah |
Kembali ke atas