Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cahaya;

Puisi
 

Terang bulan dipancar cahaya,
     Budak-budak ramai bermain;
Kanda kupandang nampak cahaya,
     Hatiku tidak ke tempat lain.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Tembaga menunjukkan senam,
     besi menunjukkan karat,
keris menunjukkan pamur,
     manikam menunjukkan cahaya.

Bermaksud :

Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sinar cahayaray of lightGaris cahaya seperti cahaya matahari.Sekolah Rendah
penyebaran cahayalight dispersionPemecahan cahaya putih kepada spektrum cahaya merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu, menggunakan prisma kaca. Proses ini berlaku disebabkan setiap spektrum tersebut bergerak pada kelajuan yang berbeza apabila melalui kaca.Menengah Atas
sumber cahayalight sourcePunca cahaya yang boleh digunakan. Contohnya, sumber cahaya daripada matahari.Sekolah Rendah
kecerahanbrightnessKadar terangnya cahaya daripada sumber cahaya seperti mentol, lampu, matahari atau bulan.Sekolah Rendah
cermin pemantulreflector mirrorCermin yang memantulkan cahaya apabila sinar cahaya ditujukan kepadanya. Lihat RajahSekolah Rendah
cahaya tampakvisible lightSinaran elektromagnet yang mempunyai julat panjang tertentu yang dapat dilihat dengan mata kasar.Menengah Atas
cahaya bulanmoonlightCahaya matahari yang dipantulkan oleh bulan ke bumi. Lihat RajahSekolah Rendah
cahayalightSinar terang daripada sumber cahaya seperti matahari atau lampu, yang membolehkan kita melihat dalam gelap.Sekolah Rendah
alur cahayalight beamPancaran cahaya dalam garis lurus. Lihat RajahSekolah Rendah
pantulan cahayareflection of lightSinar cahaya yang bergerak dalam garis lurus dan melantun ke luar objek. Permukaan yang bersinar akan memberikan pantulan imej kepada mata. Lihat RajahSekolah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas