karbon | carbon | Unsur bukan logam yang terdapat dalam semua sebatian organik. Karbon wujud dalam bentuk karbon dioksida dalam udara dan juga dalam bahan api fosil. | Menengah Rendah |
kitar karbon | carbon cycle | Kitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian karbon dalam atmosfera secara berterusan. | Menengah Rendah |
karbon monoksida | carbon monoxide | Gas yang tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil daripada tindak balas pembakaran karbon yang tidak lengkap. Karbon monoksida banyak dikeluarkan daripada asap kenderaan dan sangat berbahaya. | Menengah Rendah |
karbon dioksida | carbon dioxide | Gas yang terdapat dalam atmosfera, tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil semasa proses respirasi, pereputan dan pembakaran sebatian organik. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol dan sebagai bahan penyejukbekuan. | Menengah Rendah |
karbon dioksida | carbon dioxide | Gas yang tidak berwarna dan tidak berbau, yang terdapat dalam udara dan terhasil semasa proses pernafasan. | Sekolah Rendah |