Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihasilkan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
antibodiantibodyProtein yang dihasilkan oleh sel darah putih (limfosit) sebagai gerak balas terhadap antigen yang dihasilkan oleh patogen yang menyerang badan.Menengah Atas
hormon sekssex hormoneHormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari.Menengah Rendah
spermaspermGamet yang dihasilkan oleh haiwan jantan dan individu lelaki.Menengah Rendah
oksidaoxideSebatian yang dihasilkan daripada tindak balas oksigen dengan unsur lain. Oksida dapat dikelaskan kepada beberapa kumpulan, iaitu oksida asid seperti sulfur(VI) oksida, oksida bes seperti natrium oksida dan aluminium oksida.Menengah Rendah
lipaselipaseEnzim yang dihasilkan oleh pankreas dan kelenjar-kelenjar usus kecil yang berfungsi menguraikan lemak kepada gliserol dan asid lemak.Menengah Rendah
antibiotikantibioticBahan kimia yang dihasilkan oleh kulat dan bakteria, yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan penyakit. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin.Menengah Rendah
hidroelektrikhydroelectricTenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan aliran air yang biasanya daripada empangan untuk menggerakkan turbin yang memberikan tenaga kepada penjana. Lihat RajahSekolah Rendah
cukavinegarCecair berasid yang dihasilkan daripada proses penapaian semula jadi dan biasanya digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa.Sekolah Rendah
antibiotikantibioticBahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh mencegah pembiakan atau menghapuskan mikroorganisma lain.Sekolah Rendah
gelombangwaveFenomena fizik yang dihasilkan oleh getaran dan ia memindahkan tenaga tanpa membawa zarah medium semasa perambatan.Menengah Atas
12345

Kembali ke atas