tindakan terkawal | voluntary action | Tindakan yang dikawal oleh kehendak individu. Contohnya menulis, memukul dan menari. | Menengah Atas |
pemboleh ubah dimalarkan | constant variable | Pemboleh ubah yang perlu dikawal atau dikekalkan nilainya supaya tidak menjejaskan keputusan eksperimen. | Menengah Rendah |
tindak balas luar kawal | involuntary action | Tindakan yang tidak dikawal oleh kehendak individu yang berlaku secara automatik. Contohnya, pernafasan dan kerdipan mata. | Menengah Atas |
hukum segregasi | law of segregation | Hukum yang menyatakan bahawa ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu daripada alel ini akan diwariskan dalam gamet. | Menengah Atas |
kawalan biologi | biological control | Kawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut. | Menengah Rendah |
kultur | culture | Sekumpulan sel sama ada dari mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan yang dibiakkan dalam makmal di bawah suhu, pH dan faktor-faktor lain yang dikawal menggunakan medium kultur. | Menengah Rendah |