baja | fertilizer | Bahan yang ditambah ke dalam tanah atau medium tanaman bagi meningkatkan produktiviti dari segi kualiti dan kuantiti tanaman. Contohnya, baja kimia dan baja organik. | Menengah Rendah |
bahan awet | preservative | Bahan kimia yang ditambah ke dalam bahan makanan supaya tidak mudah rosak atau busuk. Contohnya, asid sorbik dijadikan pengawet keju dan asid benzoik merupakan pengawet makanan dalam tin. | Menengah Rendah |
bahan awet | preservative | Bahan kimia yang ditambah ke dalam bahan makanan supaya tidak mudah rosak atau busuk. Contohnya, asid sorbik dijadikan pengawet keju dan asid benzoik merupakan pengawet makanan di dalam tin. | Menengah Atas |
tindak balas penambahan | addition reaction | Tindak balas kimia dengan satu molekul ditambah pada dua atom karbon ganda dua. | Menengah Atas |
mendakan | precipitate | Hasil pepejal yang diperoleh daripada sesuatu tindak balas kimia yang berlaku dalam larutan. Contohnya, argentum klorida terhasil apabila larutan natrium klorida ditambah ke dalam larutan argentum nitrat. | Menengah Rendah |