Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
taman lautmarine parkKawasan di dasar laut yang ditetapkan untuk pemuliharaan spesies laut.Menengah Atas
pemboleh ubah dimalarkanconstant variablePemboleh ubah yang nilainya ditetapkan sepanjang eksperimen.Menengah Atas
perintang piawaistandard resistorPerintang yang mempunyai kadar rintangan yang telah ditetapkan.Menengah Rendah
termostatthermostatAlat yang digunakan untuk mengukur dan mengawal suhu sesuatu mesin atau ruang bagi satu nilai yang ditetapkan. Alat ini terdapat di dalam ketuhar, peti ais dan sebagainya.Menengah Rendah
dadahdrugBahan yang digunakan dalam ubat-ubatan untuk menahan sakit, merawat dan menyembuhkan penyakit. Dadah akan mendatangkan bahaya jika diambil lebih daripada sukatan atau tidak mengikut kaedah yang ditetapkan. Lihat RajahSekolah Rendah
hukum OhmOhm’s lawHukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor berkadaran terus dengan voltan yang dikenakan terhadap litar tersebut jika suhu dan ciri fizikal lain ditetapkan.Menengah Rendah

Kembali ke atas