elektrod | electrode | Konduktor pepejal biasanya logam atau karbon yang diletakkan dalam elektrolit untuk membenarkan arus elektrik keluar masuk semasa elektrolisis. | Menengah Rendah |
sel Daniell | Daniell cell | Sel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. Lihat Rajah | Menengah Atas |
katod | cathode | Elektrod negatif dalam sel elektrolisis. | Menengah Rendah |
anod | anode | Elektrod positif dalam sel elektrolisis. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
katod | cathode | 1. Elektrod negatif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal positif sel kimia. | Menengah Atas |
anod | anode | 1. Elektrod positif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal negatif pada sel kimia. | Menengah Atas |
sel voltan | voltaic cell | Sel primer yang terdiri daripada dua elektrod yang terendam di dalam elektrolit untuk menghasilkan voltan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
zink | zinc | Unsur logam yang boleh larut dalam asid dan alkali tetapi tidak larut dalam air yang mempunyai takat lebur 419°C serta bertakat didih 907°C. Zink digunakan untuk membuat aloi, elektrod sel kering dan bahagian kenderaan. | Menengah Rendah |