Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ge.lung] | ݢݢلوڠ

Definisi : 1. sesuatu yg berbentuk gelung: wanita dr Myamar itu memakai ~ di keliling lehernya; 2. (Fiz) dawai berpilin berpenebat nipis yg digunakan utk mewujudkan medan magnet; ~ aruhan (Fiz) alat utk menghasilkan arus ulang-alik yg bervoltan tinggi drpd bekalan arus terus yg bervoltan rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ge.lung] | ݢݢلوڠ

Definisi : sesuatu yg bentuknya spt gelung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegelung


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
transformertransformerAlat yang mengubah voltan arus ulang-alik naik atau turun. Transformer terdiri daripada teras besi yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder.Menengah Rendah
transformertransformerPeranti yang meningkat atau menurunkan voltan arus ulang-alik tanpa mengubahkan frekuensinya. Transformer terdiri daripada teras besi jati yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder. Lihat RajahMenengah Atas
gegelungcoilSesuatu yang bergelung dan melingkar. Lihat RajahSekolah Rendah
gegelung primerprimary coilLingkaran wayar dari bekalan kuasa pada transformer yang mengalirkan arus input ulang-alik.Menengah Atas
voltan primerprimary voltageVoltan yang digunakan pada terminal gegelung primer transformer.Menengah Atas
voltmetervoltmeterAlat untuk mengukur voltan. Terdapat dua jenis voltmeter, iaitu voltmeter gegelung bergerak dan voltmeter besi bergerak. Lihat RajahMenengah Rendah
ammeterammeterAlat untuk menyukat arus elektrik. Dua jenis ammeter yang biasa digunakan ialah ammeter gegelung bergerak dan ammeter besi bergerak. Lihat RajahMenengah Rendah
motor arus ulang-alik (motor a.u)alternating current motor (a.c. motor)Motor elektrik yang digerakkan oleh arus ulang-alik. Motor arus ulang-alik yang ringkas terdiri daripada gegelung pegun dawai, magnet dan sumber bekalan kuasa.Menengah Rendah

Kembali ke atas