Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata ganti nama diri ketiga; dia: ~ bercita-cita hendak menjadi doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tepungnya ia mahu,
     kuihnya pun ia mahu.

Bermaksud :

Diberi sedikit hendak banyak.

 

Lihat selanjutnya...(55)

589

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(58)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
habitathabitatTempat tinggal organisma. Ia mempunyai keperluan seperti makanan, ruang untuk membiak dan membesar, serta perlindungan.Menengah Atas
arus elektrikcurrentKadar pengaliran cas. Ia diukur dalam unit ampere (A).Menengah Atas
pembiasanrefractionPerubahan arah cahaya atau gelombang apabila ia merambat dari satu medium ke medium yang berlainan ketumpatannya.Menengah Atas
transistortransistorPeranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak.Menengah Atas
pantulan dalam penuhtotal internal reflectionPantulan cahaya apabila ia merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan sudut tujunya melebihi sudut genting. Lihat RajahMenengah Atas
gelombangwaveFenomena fizik yang dihasilkan oleh getaran dan ia memindahkan tenaga tanpa membawa zarah medium semasa perambatan.Menengah Atas
daunleafBahagian tumbuhan yang terlibat dalam proses fotosintesis kerana ia mengandungi klorofil.Menengah Rendah
nodus limfalymphatic nodesNodus yang terdapat pada sistem limfa. Ia didapati di leher, groin dan ketiak serta berfungsi sebagai penapis mikroorganisma dan menghasilkan limfosit.Menengah Atas
kanta cembungconvex lensKanta yang permukaannya melengkung ke luar. Ia boleh menumpukan cahaya yang menerusinya. Lihat RajahMenengah Atas
kanta cekungconcave lensKanta yang permukaannya melengkung ke dalam. Ia boleh mencapahkan cahaya yang menerusinya. Lihat RajahMenengah Atas
12345

Kembali ke atas