gelung Henle | loop of Henle | Bahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
tekanan akar | root pressure | Tekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan. | Menengah Atas |
serap | absorb | Menyerap masuk ke dalam liang-liang kecil. | Sekolah Rendah |
pengklorinan | chlorination | Proses penambahan klorin ke dalam sesuatu sebatian organik sama ada melalui tindak balas penambahan atau penggantian. | Menengah Rendah |
baja | fertilizer | Bahan yang ditambah ke dalam tanah atau medium tanaman bagi meningkatkan produktiviti dari segi kualiti dan kuantiti tanaman. Contohnya, baja kimia dan baja organik. | Menengah Rendah |
penyerapan | absorption | Proses menyerap cecair ke dalam bahan yang lain. | Sekolah Rendah |
meresap | seep | Masuk dan hilang ke dalam liang atau lubang. | Sekolah Rendah |
penghalogenan | halogenation | Penambahan atom halogen ke dalam suatu sebatian secara tindak balas kimia. | Menengah Atas |
penyerapan | absorption | Proses sesuatu bahan masuk ke dalam struktur bahan yang lain. Contohnya, penyerapan wap air oleh kalsium klorida kontang. | Menengah Rendah |
penarikan nafas | inhalation | Proses pemasukan udara ke dalam paru-paru melalui mulut dan hidung. | Menengah Rendah |