ais kering | dry ice | Karbon dioksida pepejal yang memejalwap pada suhu -78°C (195 K) pada tekanan piawai. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. Ais kering berfungsi sebagai bahan penyejuk. | Menengah Rendah |
ais kering | dry ice | Karbon dioksida pepejal yang memejalwap pada tekanan biasa. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. | Menengah Atas |
sel kering | dry cell | Sumber tenaga yang digunakan dalam peralatan elektrik yang bervoltan rendah. Sel kering digunakan dalam lampu suluh. | Menengah Rendah |
keruping | scab | Kerak atau selaput kering pada kudis atau luka, yang terbentuk semasa penyembuhan luka. Ia terdiri daripada darah kering, plasma, dan rembesan lain. | Menengah Atas |
sel kering | dry cell | Bateri tanpa cecair dan ada antaranya yang boleh dicas semula. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sel kering | dry cell | Sel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
layu | wilt | Keadaan kering dan kecut pada tumbuhan akibat kehilangan air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kemarau | drought | Keadaan kering kontang dan tidak berair kerana tiada hujan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
reptilia | reptile | Haiwan vertebrat berdarah sejuk yang mempunyai kulit keras dan bersisik kering, bernafas melalui paru-paru dan bertelur. Reptilia biasanya merupakan binatang yang menyusup dan merangkak. Contohnya, cicak, buaya dan ular. | Menengah Rendah |
sumber tenaga | source of energy | Bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Contohnya, sel kering dan solar. | Sekolah Rendah |