kloroplas | chloroplast | Organel yang mengandungi klorofil yang terdapat dalam tumbuhan hijau. | Menengah Rendah |
stroma | stroma | Matriks bergel dalam kloroplas tempat terdapatnya pelbagai enzim, molekul dan ion. Lihat Rajah | Menengah Atas |
grana | grana | Struktur seperti kantung pipih di dalam kloroplas, yang mengandungi klorofil dan enzim fotosintesis lain. | Menengah Atas |
pigmen | pigment | 1. Sebarang bahan berwarna yang terdapat di dalam tisu organisma. Contohnya, kloroplas dan fitokrom pada tumbuhan, dan hemoglobin pada darah. 2. Kepekaan terhadap tindakan tenaga sinaran. Contohnya, cahaya. | Menengah Atas |
sel pengawal | guard cell | Sel yang mengelilingi stoma pada epidermis tumbuhan. Sel ini mengawal saiz bukaan stoma apabila perubahan kesegahan sel berlaku. Sel ini mengandungi kloroplas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
fototrof | phototroph | Organisma yang menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk mensintesiskan bahan organik, seperti karbohidrat dan protein, daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan klorofil dan pelbagai enzim yang terdapat dalam kloroplas. Contohnya, tumbuhan hijau. | Menengah Atas |