Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liur] | ليور

Definisi : rembesan cair dlm mulut yg dikeluarkan oleh kelenjar liur yg fungsinya memudahkan makanan ditelan dan dicerna: ia menelan air ~nya melihat makanan itu; air ~ basi a) air liur yg meleleh keluar sewaktu tidur; b) tajuk perbualan yg sudah lama; menjilat air ~ prb yg sudah dicela dipuji kembali, sudah dibuang diambil balik; berliur, meliur mengeluarkan air liur; ~ masin ki a) pandai berkata-kata; b) apa yg dikatakannya diiakan orang; terliur ingin benar akan: aku ~ sungguh hendak makan asam; peliuran perihal (proses atau perbuatan) mengeluarkan air liur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liur] | ليور

Definisi : ; air ~ air ludah yg cair atau yg meleleh. air ~ basi air liur yg meleleh keluar ketika tidur. meliur mengeluarkan air liur. terliur ingin benar akan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liur

Peribahasa

Menjilat air liur (= ludah).

Bermaksud :

Yang sudah dicela dipuji kembali.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kelenjar liursalivary glandKelenjar yang merembeskan air liur di dalam mulut.Menengah Rendah
air liursalivaCecair yang mengandungi air, mukus dan enzim (amilase) yang dirembeskan oleh kelenjar liur. Cecair ini berfungsi melancarkan perjalanan makanan dan proses pencernaan.Menengah Rendah
kepompongpupaSarung daripada daun atau air liur haiwan yang di dalamnya terdapat anak serangga atau ulat. Lihat RajahSekolah Rendah
begukmumpsPenyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. Lihat RajahSekolah Rendah
amilaseamylaseEnzim yang menghidrolisis kanji atau glikogen kepada gula. Amilase dihasilkan oleh kelenjar liur pankreas dan tumbuhan.Menengah Atas
amilaseamylaseEnzim yang menguraikan kanji atau glikogen kepada gula ringkas seperti glukosa. Amilase dirembeskan oleh kelenjar liur dan pankreas.Menengah Rendah

Kembali ke atas