pengguna | consumer | Organisma yang memperoleh makanannya dengan memakan organisma lain. Pengguna terdiri daripada karnivor, herbivor, omnivor, parasit dan pembangkai. | Menengah Rendah |
pengeluar | producer | Organisma yang menghasilkan makanannya sendiri. Contohnya, tumbuh-tumbuhan hijau menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. | Menengah Rendah |
autotrof | autotroph | Organisma yang membina makanannya sendiri dengan menggunakan bahan tak organik yang ringkas, seperti karbon dioksida, nitrogen, dan hidrogen sulfida. Contohnya, fototrof, tumbuhan hijau, yang menggunakan sumber tenaga matahari, dan kemotrof. | Menengah Atas |
pengeluar | producer | Organisma yang boleh menghasilkan makanannya sendiri. Pengeluar terdiri daripada tumbuh-tumbuhan. | Sekolah Rendah |
pengguna | consumer | Organisma yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri. Organisma ini terdiri daripada kumpulan haiwan karnivor, herbivor, omnivor, parasit, atau pengurai. | Sekolah Rendah |
ruminan | ruminant | Haiwan yang mempunyai perut yang dibahagikan kepada empat ruang dan memamah semula makanannya selepas dihadamkan di dalam rumen. Contohnya, kerbau, lembu, kuda dan lain-lain. | Menengah Atas |