pengelasan | classification | Kaedah penyusunan organisma secara sistematik ke dalam kumpulan taksonomi berdasarkan kesamaan dan perbezaan masing-masing dengan mengambil kira faktor evolusi, fisiologi, genetik dan lain-lain. | Menengah Rendah |
pengelasan | classification | Proses mengasingkan tumbuhan, haiwan dan objek ke dalam kumpulan mengikut persamaan dan perbezaan masing-masing. | Sekolah Rendah |
orbit | orbit | Laluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi. | Menengah Rendah |
transistor | transistor | Peranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak. | Menengah Atas |