Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.du.ngi] | مليندوڠي

Definisi : 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.du.ngi] | مليندوڠي

Definisi : 1 menjadi tutup (sekat dsb) pd sesuatu supaya tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu: Sekaki payung sutera ~ tubuhnya drpd panas matahari. 2 memberikan naungan atau pertolongan kpd: Moga-moga Allah akan ~ kita drpd bencana lapar. 3 ki menutup sesuatu supaya tidak diketahui orang lain (ttg perasaan dll): Perangainya yg lemah lembut itu hanya utk ~ kejahatannya saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

164

Thatch your roof before rainy weather

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
perlindunganprotectionProses melindungi haiwan atau tumbuhan daripada kecederaan, jangkitan atau penyakit.Sekolah Rendah
sepalsepalStruktur yang melindungi putik muda bunga berupa seakan-akan daun yang biasanya berwarna hijau.Menengah Rendah
peliharapreserveMenjaga dan melindungi sesuatu supaya berada dalam keadaan yang baik atau selamat.Sekolah Rendah
keimunanimmunityKeupayaan organisma untuk melindungi dirinya daripada penyakit.Menengah Rendah
bendalir amnionamniotic fluidCecair yang melindungi fetus daripada kekeringan dan hentakan.Menengah Rendah
tempat perlindunganshelterStruktur yang dapat melindungi manusia atau haiwan daripada bahaya. Contohnya, gua.Sekolah Rendah
bendalir amnionamniotic fluidCecair yang melindungi embrio daripada kekeringan dan hentakan.Menengah Atas
rangkaskeletonStruktur yang menyokong badan dan melindungi organ-organ dalaman. Rangka menentukan bentuk badan, memberikan perlindungan kepada tisu lembut dan juga menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.Menengah Rendah
kulitskinLapisan luar yang menutupi dan melindungi badan manusia, sesetengah haiwan, tumbuhan, buah atau biji benih daripada kecederaan dan kerosakan.Menengah Rendah
kulitskinLapisan luar yang menyaluti dan melindungi haiwan, manusia, tumbuhan, buah, atau biji benih.Sekolah Rendah
123

Kembali ke atas