Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wu.jud.kan] | موجودکن

Definisi : 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wu.jud.kan] | موجودکن

Definisi : 1 menjadikan benar-benar ada. 2 melaksanakan cita-cita dll. 3 menerangkan atau memperlihatkan dgn benda yg nyata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mewujudkan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ekosistemecosystemSistem ekologi yang terdiri daripada komuniti yang saling berinteraksi dengan persekitarannya, dan seterusnya mewujudkan keseimbangan antara tumbuhan, haiwan, dan bahan tak organik.Menengah Atas
saling bersandaraninterdependenceHubungan antara haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dalam habitat yang sama. Hubungan ini mewujudkan persekitaran ekosistem yang seimbang.Menengah Rendah
pemvaksinanvaccinationPenyuntikan sesuatu vaksin untuk menghasilkan keimunan bagi melawan sesuatu penyakit. Contohnya, inokulasi virus penyakit cacar yang lemah untuk mewujudkan keimunan terhadap penyakit tersebut.Menengah Atas
udaraairAtmosfera bumi yang terdiri daripada campuran berbagai-bagai jenis gas, tidak mempunyai warna atau bau dan mempunyai jisim serta berat. Udara mewujudkan tekanan atmosfera.Menengah Rendah

Kembali ke atas