molar | molar | Kepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling. | Menengah Atas |
jisim molar | molar mass | Jisim satu mol bahan dalam unit gram per mol. | Menengah Atas |
isi padu molar | molar volume | Isi padu yang dipenuhi oleh satu mol sesuatu bahan pepejal, cecair, atau gas. Ia ini juga dikenali sebagai isi padu mol. | Menengah Atas |
gigi geraham | molar tooth | Gigi yang beralur dan berbilang akar, terletak di bahagian belakang rahang dan bersebelahan dengan gigi geraham kecil. Gigi geraham berfungsi untuk melumatkan makanan. | Sekolah Rendah |
omnivor | omnivore | Haiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang. | Menengah Rendah |