Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bingung tengkar,
     cerdik begar.

Bermaksud :

Orang-orang yang sukar diajak muafakat. tengkar = bantah, cekcok; begar = susah, keras.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

608

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(316)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
angkasawanastronautOrang yang dilatih untuk mengikuti misi ke angkasa lepas dan pergi ke angkasa lepas dengan menaiki kapal angkasa.Menengah Rendah
kumpulangroupKelompok benda, orang dan haiwan yang mempunyai ciri yang sama.Sekolah Rendah
primatprimateKumpulan mamalia, antaranya termasuklah orang utan, monyet dan manusia.Menengah Atas
spesies terancamendangered speciesSpesies haiwan atau tumbuhan yang bilangannya sangat sedikit sehingga menjejaskan populasi. Contohnya, orang utan dan dugong. Lihat RajahSekolah Rendah
ketumpatandensity1. Jisim per unit isi padu sesuatu bahan. 2. Keamatan penggunaan tanah yang dikira berdasarkan bilangan orang bagi setiap unit keluasan.Menengah Atas
bulu tebalthick furBulu yang tebal dan melitupi tubuh atau badan sesetengah haiwan. Contohnya, bulu yang melitupi badan orang utan dan beruang kutub.Sekolah Rendah

Kembali ke atas