penyerapan | absorption | Proses menyerap cecair ke dalam bahan yang lain. | Sekolah Rendah |
penyerapan | absorption | Proses sesuatu bahan masuk ke dalam struktur bahan yang lain. Contohnya, penyerapan wap air oleh kalsium klorida kontang. | Menengah Rendah |
asimilasi | assimilation | 1. Proses penyerapan bahan makanan ringkas yang terhasil daripada pencernaan untuk kegunaan sel tubuh. 2. Proses penyerapan bahan makanan ringkas yang terhasil semasa fotosintesis. | Menengah Atas |
jejunum | jejunum | Bahagian usus kecil mamalia yang terletak di antara duodenum dengan ileum. Penyerapan hasil pencernaan banyak berlaku di bahagian ini. | Menengah Atas |
vilus | villus | Unjuran halus pada lapisan dalam usus kecil yang berfungsi menambah luas permukaan bagi penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |
sistem pencernaan | digestive system | Sistem yang melibatkan pemasukan makanan ke dalam salur pencernaan, pemecahan molekul makanan dan penyerapan nutrien. | Menengah Rendah |
sistem pencernaan | digestive system | Sistem organ yang berkaitan dengan pengingesan makanan, pemecahan bahan makanan kompleks ke bentuk yang lebih ringkas dan penyerapan zat makanan. | Menengah Atas |
hempedu | bile | Cairan alkali yang dirembeskan oleh hati disimpan dalam pundi hempedu dan dihantar ke duodenum untuk membantu proses pengemulsian, penghadaman dan penyerapan lemak. | Menengah Atas |
gelung Henle | loop of Henle | Bahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |