Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
plag tiga pinthree-pin plugAlat atau suis yang mempunyai tiga pin yang digunakan untuk menghubungkan peralatan elektrik kepada sumber kuasa.Menengah Rendah
kamera lubang jarumpin hole cameraKamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. Lihat RajahMenengah Atas
kod warna antarabangsainternational colour codeKod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas