kelenjar pituitari | pituitary gland | Kelenjar endokrin yang terletak di bahagian bawah hipotalamus yang dikenali sebagai kelenjar utama. Lihat Rajah | Menengah Atas |
hormon peluteinan | luteinizing hormone | Hormon yang dihasilkan oleh pituitari anterior dan merangsang pengovulan. | Menengah Atas |
prolaktin | prolactin | Hormon yang disintesiskan dan disimpan dalam kelenjar pituitari anterior, yang menggalakkan penghasilan susu selepas proses kelahiran, dan juga merangsang korpus luteum untuk merembeskan progesteron pada ovari. | Menengah Atas |
hormon antidiuresis | antidiuretic hormone | Hormon yang dirembeskan oleh lobus posterior pituitari. Ia mempunyai kesan khusus terhadap sel epitelium tubul distal ginjal, iaitu merangsang sel epitelium untuk menyerap semula air dari lumen tubul tersebut. | Menengah Atas |
hormon adrenokortikotrofik | adrenocorticotrophic hormone | Hormon yang dirembeskan oleh lobus anterior kelenjar pituitari, yang merangsangkan sintesis dan perembesan hormon oleh korteks adrenal. | Menengah Atas |