Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang telah mencapai usia baligh dan tidak hamil. Kitaran ini berlaku dalam tempoh 28 hari.Menengah Rendah
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa pada seseorang wanita yang telah baligh dan tidak hamil, biasanya terjadi dalam selang empat minggu.Menengah Atas
iklimclimatePola cuaca di sesuatu kawasan tertentu dari semasa ke semasa. Iklim dipengaruhi oleh angin, suhu dan taburan hujan, keamatan cahaya, topografi dan altitud.Menengah Rendah
gentian gelendongspindle fibreRangkaian gentian yang terbentuk semasa peringkat profasa. Sesetengah mikrotubul melekat pada sentromer kromosom dan memisahkan kromosom ke kutub yang bertentangan semasa anafasa.Menengah Atas
udara sedutaninhaled airUdara yang dihela masuk ke dalam paru-paru semasa pernafasan.Menengah Rendah
liang peluhsweat poreBukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas