Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seperti (kata tugas)
Bersinonim dengan laksana, ibarat, umpama, bak, bagaikan, macam, serupa.,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(44)
Peribahasa

148

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Seperti quran buruk; dibaca tak boleh, dipersebarangan dosa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana seperti quran buruk; dibaca tak boleh, dipersebarangan dosa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pankreaspancreasKelenjar yang terletak di antara limpa dengan duodenum di bawah perut. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin, serta hormon seperti insulin dan glukagon. Lihat RajahMenengah Rendah
faktor RhesusRhesus factorAntigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-.Menengah Atas
kepupusanextinctionKehilangan sesuatu spesies hidupan seperti haiwan dan tumbuhan daripada muka bumi. Kepupusan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pemburuan haram, peningkatan suhu dunia, pembakaran hutan dan pencemaran.Menengah Rendah
invertebratainvertebrateKumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang. Kumpulan ini terbahagi kepada beberapa filum seperti Protozoa, Annelida, dan Arthropoda.Menengah Atas
galaksi Bima SaktiMilky Way galaxyKumpulan bintang dan gas yang berbentuk pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini.Menengah Rendah
air lembutsoft waterAir yang mengandungi garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum pada kepekatan yang rendah. Air ini mudah berbuih dengan sabun. Contohnya, air paip.Menengah Rendah
air lembutsoft waterAir yang mengandungi kepekatan rendah garam alkali bumi seperti kalsium, magnesium dan ferum. Air ini mudah berbuih dengan sabun.Menengah Atas
abdomenabdomen1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan.Menengah Rendah
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat RajahMenengah Atas
pendebungaanpollinationProses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas