diploid | diploid | Sel atau individu yang mempunyai dua set kromosom di dalam setiap selnya. Satu set kromosom daripada induk jantan dan satu set lagi daripada induk betina. | Menengah Atas |
mitosis | mitosis | Pembahagian nukleus yang menghasilkan dua nukleus anak, mempunyai set kromosom yang sama dengan set kromosom induk. | Menengah Atas |
bandul Barton | Barton’s pendulum | Satu set radas bandul yang terdiri daripada beberapa bandul ringkas yang berlainan panjang tetapi dua daripadanya sama panjang. Set bandul ini digunakan dalam uji kaji resonans fizik. Lihat Rajah | Menengah Atas |
warna primer | primary colour | Set warna asas yang tidak dapat dihasilkan daripada penambahan warna-warna cahaya yang lain. Contohnya, merah, biru dan hijau. | Menengah Atas |
haploid | haploid | Keadaan sel atau organisma yang mempunyai satu set kromosom, seperti yang terdapat pada gamet, gametrofit dan spora. | Menengah Atas |
mutasi kromosom | chromosome mutation | Perubahan kepada struktur atau bilangan kromosom. Sebahagian atau keseluruhan set kromosom berubah struktur secara penggandaan, pelenyapan, penyongsangan atau translokasi. | Menengah Atas |
gigi kekal | permanent teeth | Gigi yang tumbuh menggantikan gigi susu. Biasanya bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun. Set gigi ini termasuklah gigi kacip, gigi taring, geraham kecil, dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gigi susu | milk teeth | Gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |