prokariot | prokaryote | Organisma mikroskopik bersel tunggal yang mempunyai nukleus tanpa membran, atau organel khusus yang lain, termasuk bakteria dan sianobakteria. | Menengah Atas |
daya paduan | resultant force | Daya tunggal yang dihasilkan oleh hasil tambah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek. | Menengah Atas |
lemak tepu | saturated fat | Lemak yang mempunyai ikatan tunggal di antara atom-atom karbon. | Menengah Atas |
sebatian tepu | saturated compound | Sebatian organik yang mengandungi ikatan tunggal antara atom-atom karbon. Contohnya, etana, C2H6. | Menengah Atas |
leraian daya | resolution of force | Proses yang membolehkan satu daya tunggal boleh diceraikan kepada dua komponen, iaitu komponen mendatar dan komponen menegak. | Menengah Atas |
alkana | alkane | Kumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 . | Menengah Atas |