| paksi mencancang | vertical axis | Lihat paksi-y. | Menengah Atas |
| ortopusat | orthocentre | Titik persilangan ketiga-tiga garis altitud bagi sesuatu segi tiga. Lihat rajah | Menengah Atas |
| operasi songsang | inverse operation | Operasi yang menukar semula kesan suatu operasi yang lain. Darab dan bahagi serta tambah dan tolak merupakan pasangan operasi yang saling bersifat songsang. | Menengah Atas |
| operasi | operation | Proses matematik yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, operasi asas matematik ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. | Menengah Atas |
| oktahedron | octahedron | Polihedron yang mempunyai 8 permukaan. Lihat rajah | Menengah Atas |
| oktagon | octagon | Poligon yang mempunyai 8 sisi. Lihat rajah | Menengah Atas |
| ogif | ogive | Graf keluk kekerapan longgokan untuk menunjukkan taburan satu data. Lihat rajah | Menengah Atas |
| objek | object | 1. Bentuk, rajah atau objek asal dalam pelbagai penjelmaan. Lihat Contoh 2. Unsur-unsur dalam domain bagi suatu hubungan. | Menengah Atas |
| nyahpecutan | deceleration | Penyusutan halaju terhadap masa. | Menengah Atas |
| hukum segi tiga | triangle law | Hukum yang menyatakan bahawa jika dua vektor dan vektor , diwakili oleh dua sisi segi tiga dari magnitud dan arah maka hasil tambah vektor dan vektor diwakili oleh vektor , iaitu sisi ketiga segi tiga tersebut. Arah dan mestilah berterusan. | Menengah Atas |