Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tambah berulangrepeated additionOperasi menambahkan kuantiti yang sama kepada nombor yang diberikan sebanyak bilangan tertentu. Contohnya, mencari jawapan kepada 3 × 4 ialah 4 + 4 + 4 = 12.Menengah Rendah
kuasa tigacube"Nilai yang didapati jika satu nombor didarabkan sebanyak 3 kali. Contohnya, kuasa tiga bagi empat ditulis sebagai 4³. 4³ = 4 × 4 × 4 = 64Menengah Atas
kuasa tigacubeNombor yang menunjukkan sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri sebanyak dua kali. Contohnya, kuasa tiga bagi 4 ditulis sebagai 4³, yang bermakna 4 × 4 × 4.Menengah Rendah
sifat kalis tukar tertibcommutative propertySifat operasi penambahan atau pendaraban yang membolehkan angka-angka dicampur atau didarabkan dalam sebarang tertib, tetapi masih menghasilkan jumlah yang sama. Contohnya, 5 + 4 = 4 + 5 dan 5 × 4 = 4 × 5 menunjukkan bahawa perubahan tertib 4 dan 5 masih menghasilkan jumlah yang sama.Menengah Atas
modmodeNilai yang mempunyai kekerapan tertinggi bagi suatu set data. Contohnya, mod bagi 1, 2, 4, 4, 3, 5 ialah 4.Menengah Atas
modmodeNilai yang paling tinggi kekerapannya dalam set data. Contohnya, bagi set data 1, 2, 4, 4, 3, 5, mod = 4.Menengah Rendah
kuasa duasquareNombor yang menunjukkan sesuatu nombor didarabkan dengan nombor itu sendiri. Contohnya, kuasa dua bagi 4 ditulis sebagai 4², yang bermakna 4 × 4.Menengah Rendah
hukum kalis tukar tertibcommutative lawHukum yang menyatakan bahawa hasil tambah atau hasil darab dua kuantiti adalah sama tanpa mengambil kira tertib kuantiti-kuantiti itu ditambah atau didarab. Contohnya, 3 + 4 = 4 + 3.Menengah Rendah
hukum kalis agihandistributive lawHukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dengan cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3+5) = (4 × 3) + (4 × 5).Menengah Atas
hukum kalis agihandistributive lawHukum yang menyatakan bahawa hasil proses yang melibatkan dua operasi yang dijalankan dalam cara yang berlainan adalah sama. Contohnya, 4(3 + 5) = (4 × 3) + (4 × 5).Menengah Rendah
123456

Kembali ke atas