| faedah | interest | 1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu. | Menengah Atas |
| faedah | interest | Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam akaun jenis tertentu, atau bayaran tambahan kepada bank apabila seseorang meminjam wang daripada bank. | Menengah Rendah |
| kadar faedah | interest rate | Kadar keuntungan dalam peratus yang ditetapkan terhadap sesuatu pelaburan, simpanan atau pinjaman bagi tempoh tertentu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| faedah | interest | Sejumlah wang yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| faedah mudah | simple interest | Sejumlah wang yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam tempoh tertentu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| faedah kompaun | compound interest | Faedah yang diterima daripada simpanan atau pinjaman asal dan faedah yang dikumpul setiap tahun. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| kadar bunga | rate of interest | Kadar bayaran tambahan yang dikenakan pada pinjaman atau hutang. | Menengah Rendah |