| p.m. | p.m. | Singkatan bagi post meridiem (post meridian) yang bermaksud selepas tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah hari sehingga sebelum tengah malam. | Sekolah Rendah |
| baki1 | balance | Amaun yang tinggal selepas sejumlah amaun dikurangkan. Baki juga ialah hasil tolak dua nombor atau nilai. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| tempat perpuluhan | decimal place | Bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi suatu perpuluhan. Contohnya, (i) 5.2 (1 tempat perpuluhan); (ii) 5.23 (2 tempat perpuluhan); (iii) 5.234 (3 tempat perpuluhan). | Menengah Rendah |
| susut nilai | depreciation | Penyusutan atau penurunan nilai sesuatu selepas tempoh masa yang tertentu. | Menengah Atas |
| susut nilai | depreciation | Pengurangan atau penurunan nilai sesuatu selepas tempoh masa tertentu. | Menengah Rendah |
| untung | profit | Wang yang diperoleh hasil daripada menjual sesuatu selepas ditolak harga kos. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| tempat perpuluhan | decimal place | Kedudukan digit di sebelah kanan selepas titik perpuluhan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| p.m. | p.m. | Singkatan bagi post meridiem (post meridian), bermaksud selepas tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah hari hingga tengah malam. | Menengah Rendah |
| a.m. | a.m. | Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian) yang bermaksud sebelum tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum tengah hari. | Sekolah Rendah |
| titik tak berubah | invariant point | 1. Titik yang menjadi nilai kepada titik itu sendiri berdasarkan fungsinya. 2. Titik yang kekal sama kedudukannya selepas proses penjelmaan. | Menengah Atas |