| alat penyukat | measuring tool | Alat atau bekas yang digunakan untuk menyukat isi padu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| alat penimbang | weighing scale | Alat yang digunakan untuk menimbang jisim sesuatu objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| alat pengukur | measuring instrument | Alat yang digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek atau jarak di antara dua titik. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| protraktor | protractor | Alat yang digunakan untuk melukis dan mengukur sudut. Protraktor separuh bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 180°, manakala protraktor bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 360°. Lihat rajah | Menengah Atas |
| protraktor | protractor | Alat yang digunakan untuk mengukur sudut. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| wang | money | Alat pertukaran yang mempunyai nilai tertentu bagi urusan jual beli. Wang dikenali juga sebagai duit. | Sekolah Rendah |
| abakus | abacus | Alat mengira berbentuk bingkai, mempunyai batang kayu atau besi menegak dan manik yang boleh digerak-gerakkan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| sesiku | set square | Alat yang digunakan untuk melukis garis selari, garis serenjang dan garis bersudut. Lihat rajah | Menengah Atas |
| sesiku | set square | Alat melukis berbentuk segi tiga bersudut tegak, yang digunakan untuk melukis garis selari, garis serenjang dan garis bersudut. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| jangka lukis | compasses | Alat geometri yang digunakan untuk melukis lengkuk atau bulatan. Lihat Contoh | Menengah Rendah |