| set sama | equal sets | Set yang mempunyai unsur yang sama pada setiap set. | Menengah Atas |
| matriks sama | equal matrix | Matriks yang mempunyai susunan dimensi yang sama dan semua unsur yang sama pada kedudukan yang sepadan. Contohnya, matriks (1 2 3) dan (1 2 3) ialah matriks sama. | Menengah Atas |
| tanda sama dengan | equal signs | Simbol matematik yang menunjukkan kesamaan. Simbol ini ialah =. | Menengah Rendah |
| sama dengan | equal to | Simbol yang menunjukkan kesamaan dari segi nilai atau jumlah iaitu =. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
| neraca | equal arm balance | Alat untuk menimbang atau membandingkan berat objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| tak sama | not equal/unequal | Perihal tidak sama saiz, kuantiti atau nilai. Simbol yang digunakan ialah ≠. | Menengah Rendah |
| kurang daripada atau sama dengan | less than or equal to | Nombor di sebelah kiri mempunyai nilai yang kurang daripada atau sama dengan nilai di sebelah kanan. Simbolnya ialah ≤. Contohnya, a ≤ 5 bermaksud a boleh terdiri daripada sebarang nombor yang kurang daripada 5 ataupun sama dengan nombor 5 itu sendiri. | Menengah Atas |