Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata function


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
fungsifunctionHubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar.Menengah Rendah
fungsi trigonometritrigonometric functionFungsi yang nilainya ditakrif sebagai nisbah antara sisi dalam segi tiga bersudut tegak. Terdapat 6 jenis fungsi trigonometri, iaitu sinus, kosinus, tangen, kotangen, sekan dan kosekan. Lihat ContohMenengah Atas
fungsi linearlinear functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax + b, dengan a, b ialah pemalar dan a ≠ 0. Graf fungsi linear berbentuk garis lurus. Lihat rajahMenengah Atas
fungsi kubikcubic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas
fungsi kuadratikquadratic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas
graf fungsigraph of functionGraf yang terhasil daripada fungsi tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas