| separuh bulatan | semicircle | Bentuk setengah bulatan yang dikenali juga sebagai semibulatan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| abad | century | Tempoh selama 100 tahun. Abad dikenali juga sebagai kurun. 1 abad = 100 tahun. | Sekolah Rendah |
| bajet | budget | Anggaran wang pendapatan dan perbelanjaan. Bajet dikenali juga sebagai belanjawan. | Sekolah Rendah |
| alaf | millennium | Tempoh selama 1 000 tahun. Alaf dikenali juga sebagai milenium. 1 alaf = 1 000 tahun. | Sekolah Rendah |
| baki1 | balance | Amaun yang tinggal selepas sejumlah amaun dikurangkan. Baki juga ialah hasil tolak dua nombor atau nilai. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| muatan | capacity | Jumlah maksimum yang dapat ditampung oleh sesuatu. Muatan dikenali juga sebagai kapasiti. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
| pelan tegak | elevation | Lakaran menegak objek yang dipandang dari sisi tertentu. Pelan tegak dikenali juga sebagai dongakan. Lihat rajah | Menengah Atas |
| wang | money | Alat pertukaran yang mempunyai nilai tertentu bagi urusan jual beli. Wang dikenali juga sebagai duit. | Sekolah Rendah |
| segi tiga bersudut tegak | right-angled triangle | Segi tiga yang salah satu sudutnya 90°, dikenali juga sebagai segi tiga bersudut tepat. Lihat rajah | Menengah Atas |
| sama lateral | equilateral | Perihal suatu poligon yang mempunyai sisi yang sama panjang. Sama lateral dikenali juga sebagai sama sisi. Lihat rajah | Menengah Atas |