| ketaksamaan linear | linear inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan linear seperti ax + b > 0, ax + b < 0, ax + b ≥ 0 atau ax + b ≤ 0, dengan a ≠ 0, a, b dan c ialah pemalar. | Menengah Atas |
| ketaksamaan kuadratik | quadratic inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik seperti ax2 + bx + c > 0, ax2 + bx + c < 0, ax2 + bx + c ≥ 0 dan ax2 + bx + c ≤ 0, dengan a≠ 0, a, b dan c ialah pemalar. | Menengah Atas |
| ketaksamaan setara | equivalent inequalities | Ketaksamaan yang mempunyai penyelesaian atau jawapan yang sama. Contohnya, x > 2 dan x ≤ 5, setara dengan 2 < x ≤ 5. | Menengah Rendah |
| ketaksamaan linear | linear inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan linear. Contohnya, 2x + 3 > 0. | Menengah Rendah |
| ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 50 > 44. | Menengah Atas |
| ketaksamaan | inequality | Hubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5. | Menengah Rendah |
| tentu sah | verify | Proses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah. | Menengah Atas |