| malar | constant | Perihal sesuatu yang tetap atau tidak berubah nilainya. | Menengah Rendah |
| pecutan seragam | uniform acceleration | Halaju yang bertambah secara malar terhadap masa. Lihat rajah | Menengah Atas |
| laju seragam | uniform speed | Jarak yang bertambah secara malar terhadap masa. | Menengah Atas |
| tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama kadar atau bentuk, atau tidak malar. | Menengah Rendah |
| tak seragam | non-uniform | Perihal tidak sama dari segi jenis dan bentuk dalam konteks kualiti atau kuantiti, iaitu tidak malar. | Menengah Atas |
| ubahan songsang | inverse variation | Hubungan antara dua pemboleh ubah. Apabila satu pemboleh ubah meningkat, satu pemboleh ubah lagi akan menurun pada kadar malar. Lihat Contoh | Menengah Atas |
| ubahan langsung | direct variation | Hubungan antara dua pemboleh ubah, simbolnya ialah ∝. Apabila satu pemboleh ubah meningkat (menurun), satu pemboleh ubah lagi akan meningkat (menurun) pada kadar malar. Lihat Contoh | Menengah Atas |